Kepala Selendang Merah

 السلام عليكم

Selendang merah? pasti ada yang tau ataupun tak tau, cukup terkenal pada zaman dahulu untuk menentang penjajah British, Komunis dan peristiwa yang tak dilupakan 13 mei.

Wujudkah lagi? siapa yang boleh buat sekarang? di mana? macamana? kalau dulu-dulu Pawang Nong kat Ulu Cheka yang mahir membuat selendang merah ni, saya ingat lagi dulu-dulu ramai orang luar datang mengambil selendang merah dengan Aki We ( Pawang Nong) ni, kemudian diturunkan anak Nyang Arif (arwah)...sekarang? ada lagi kalau dicari...

Selain tulisan wafaq azimat ditulis yang terpenting sekali ialah membuat kepala selendang merah, masa dan ketika membuatnya tak sampai seminit, hanya 1 2 je sekali dapat buat,

Masa mengerjakan kepala selendang merah itu ialah anatara dua khutbah solat sunat hari raya haji, iaitu menulis kalimah  بسم الله الرحمن الرحيم  dalam secebis kertas dengan menceraikan kalimah bismillah tersebut:

ب س م ا ل ل ه ا ل ر ح م ن ا ل ر ح ي م

Tiada kepala ini tiada sempurna selendang merah tersebut...
Hisss...mesti masa nok menulis tu orang sebelah pandang-pandang ape bende la di buat mamat nih....
Begitulah sekadar nak berkongi apa yang sedikit daripada ilmu Allah yg teramat luas ini.

sesiapa yang masih ada orang tua yang hidup di zaman tu, tanya-tanyalah mana tau ada dia simpan...boleh di perasap dan dihidupkan kembali (aktifkan)...InsyaAllah dengan izin Allah masih boleh digunakan jangan dibiarkan gitu je..payah nok  buat dan dapat tu....

Cari yang boleh mengaktifkan semula selendang merah tu...pasti berjumpa

والسلام

Sebelum mengambil dan beramal mohon baca kat sini dulu PENTING

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Kepala Selendang Merah