Kali ni kome nok berkongsi sedikit ilmu mengenai lam jalalah, ade orang panggil lam alif...sebenar lam jalalah mengandungi seribu satu rahsia...tersirat hanya yang mengaji dan mengkaji sahaja mengerti rahsia sebenarnya...
3 pembahagian lam jalalah ini:
1. tukang jual ubat: (kaki lima) ada yg memakai lam jalalah ini, mereka memagar kawasan mereka dgn lam jalalah ini, agar tidak diceroboh @ diuji orang...siapa yg masuk kawasan tersebut dia yg punya...
2. Pendekar/Pesilatan: mengguna lam jalalah gerak ma 'arifat memagar diri atau musuh, sekuat mana atau setinggi mana ilmu sesorang itu akan lemah bila memasuki kawasanya.
3. Para Wali, 'Alim Ulama': lam jalalah inilah yg sebenar-benarnya rahsia terletak didalam rukun solat, dekat mana?...cari dan rujuk pada yg arifu billah mengenainya....
macamana rupa lam jalalah itu?
cari dan rujuk pada guru yg ariful billah....
kome ambil dari seorang yg orang kata dia gila tak betul kata orang la, dengan rambut janggut panjang, disekitar kuantan @ jerantut mungkin ramai yg kenal...jarang dia membuka bicara tentang ilmu sebegini yg amat payah utk orang memahamimye...
tetapi apa yg dia cerita tepat dengan apa yg telah kome belajar selama ini...jangan pandang seseorang dengan rupa parasnya pandanglah dengan ilmu dan ma 'arifat...
cari dan carilah ilmu daripada sesiapa pun hatta daripada budak kecik sekalipun...
dan bila dapat sesuatu ilmu itu ikat lah sebab ilmu itu ibarat binatang liar bila dapat ikatlah kemas-kemas/kuat-kuat kalau tidak nescaya akan hilang dari pandangan kamu...