Permulaan Beramal Ilmu Dunia dan Akhirat

Sumber Gambar: Google


SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ILMU-ILMU DUNIA DAN AKHIRAT

1.    Hendaklah membuat seberapa banyak suruhan-suruhan Allah dan menunaikan dengan sempurna segala   solah yang diwajibkan.
2.    Jangan ada niat takbur, khianat, hasad, dan dengki. Hendaklah menaruh sifat-sifat kemanusiaan kepada sesama manusia dan bertimbang rasa kepada sesama makhluk.
3.    Imanlah dengan sempurna bahawa baik dan buruk itu semuanya dari Allah dan tuntutlah dari amalan itu keredhaan Allah.
4.    Jangan amalkan satu-satu amalan hanya untuk cuba-cubaan sahaja tidak menaruh sepenuh keyakinan.
5.    Berhati-hati supaya tidak salah atau tersilap dan hafazkan mana-mana ayat yang dikehendaki kerana untuk diamalkan.

Nasihat kepada orang yang menuntut ilmu dan beramal

1.    Apabila bercakap jangan bohong.
2.    Apabila berjanji jangan mugkiri.
3.    Apabila orang percaya kepada kita jagalah amanah dan kepercayaannya itu.
4.    Tiap-tiap ilmu yang dituntut itu hendaklah diamalkan.
5.    Hendaklah menaruh sepenuh keyakinan.
6.    Hendaklah berserah diri kepada Allah dengan hati yang berani.
7.    Tiap-tiap yang hendak dibuat itu hendaklah difikirkan terlebih dahulu.
8.    Hal-hal orang yang tiada memberi faedah kepada diri dan agama jangan ambil tahu.
9.    Biar orang buat kita, jangan kita buat orang dahulu.

PERTURAN-PERATURAN BERAMAL DENGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT

1.    Hendaklah bersihkan diri terlebih dahulu tubuh badan, pakaian, dan tempat tinggal. Sebaik-baiknya mandi dahulu kerana hendak membuat satu-satu amalan.

2.    Mulakan tiap-tiap amalan itu dengan tiga kali Al Fatihah, yang pertama hadiahkan kepada Rasullah s.a.w, yang kedua hadiah kepada sekalian Aulia’-Aulia’, Ulama’-Ulama’, dan yang ketiga hadiahkan Al Fatihah kepada yang asal punya satu-satu amalan dan sesiapa yang berusaha pada menghimpunkan dan mengijazahkan (kepada Guru-Guru), kedua ibubapa, dan kepada arwah sekalian muslimin dan muslimat.

Sebelum mengambil dan beramal mohon baca kat sini dulu PENTING




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Permulaan Beramal Ilmu Dunia dan Akhirat